PART 2 : INTERNATIONAL CHALLENGE : KBS PUTRAJAYA REDAH 4X4 INTERNATIONAL CHALLENGE 2012

Avokado

Promo Part 1 : Konvoi (KBS Redah 4×4 International Challenge 2012

Avocado

NOTIS KE 2 AGM SESSI 2011-2012

Assalamualaikum,

MESYUARAT AGUNG ( AGM) REDAH 4X4 BAGI SESSI 2011-2012

Semua ahli REDAH 4×4 dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung ( AGM ) yang akan di adakan pada :

Tarikh           :         31hb Mac 2012 – Sabtu

Masa             :         2.00 – 5.00 ptg

Tempat         :        Pusat Aktiviti Luar, Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya

Semua ahli-ahli berdaftar, ahli kehormat dan ahli sokongan bolehlah datang untuk menghadiri Mesyuarat AGM yang akan diadakan.


 

Kembara Mahkota Jalanan (3hb – 6hb Februari 2012)

‘ Kembara Mahkota Jalanan’ nama yang di cadangkan oleh Pak Dewa (asalnya adalah Trip Air Terjun Harimau Berjemur – Endau Rompin) memang bertepatan dengan kembara kali ini oleh kerana ia merangkumi perjalanan yang jauh, perkhemahan di tepi pantai dan juga air terjun.

Segalanya bermula dengan percantuman dua  separa konvoi daripada Kuala Lumpur dan Klang Central di hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah pada jam 11.55pm, 3 Feb 2012.

Konvoi dengan jumlah sebanyak 12 jalopy bergerak mengharungi kegelapan malam ke Kuala Rompin, Pahang diketuai oleh Pak Cendana melalui pekan Kuala Pilah, Juasih dan berhenti untuk berehat seketika di persimpangan Bandar Baru Serting sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Muadzam Shah. Setelah melayan kerenah mata selama lebih kurang 15 minit di Petronas Muadzam Shah, konvoi meneruskan perjalanan semula ke Kuala Rompin dan tiba dengan selamatnya beberapa minit sebelum azan subuh yang berkumandang dari corong pembesar suara masjid Kuala Rompin.

Setelah sembahyang subuh berjemaah yang diimamkan oleh pak leban, semua pilot dan co-pilot mencari haluan sendiri dan “port-port” yang sesuai untuk melelapkan mata sebentar sebelum terbitnya matahari.

 

 

Pada sebelah paginya tarikh 4 Feb.  Konvoi disajikan dengan hidangan istimewa yang di taja oleh YB Kuala Rompin, masakan nasi dagang dan nasi lemak amat menyelerakan. Tidak ketinggalan juga kursus jangka pendek cara betul mengoreng telur ‘goyang’ untuk para XYL2 oleh ibunda pak cendana.

Perjalanan diteruskan, dengan membeli barang keperluan yang tidak jauh dari dari tempat berlepas, konvoi telah berkumpul di dataran Kuala Rompin dan disana, jumlah jalopy telah bertambah kepada 21 buah setelah bergabung dengan group daripad Muadzam Shah dan Dungun.

Setelah taklimat ringkas dan ucapan terima kasih daripada mantan Presiden, pak merbatu. Konvoi telah dilepaskan ‘flag off’ oleh wakil kepada wakil rakyat Kuala Rompin  dan juga di saksikan oleh wakil pegawai daerah Rompin.

Konvoi mula bergerak menuju ke Air terjun Harimau Berjemur melalui Kampong Tebu Hitam dengan di iringi oleh kereta peronda polis dan team motor scrambler. Setelah melalui jalan ‘off road’ lebih kurang 5 km, perjalanan konvoi telah terhenti apabila mendapati jambatan yang menghubungkan jalan ke air terjun  telah  runtuh oleh kerana hujan lebat pada hari sebelumya. Kehampaan terpancar di wajah peserta, ish..ish..ish ….kesian.

Satu ‘Mesyuarat tingkap’ dengan segera diadakan dan keputusannya adalah untuk meneruskan perjalanan ke Taman Negeri Endau Rompin melalui jalan ‘off road’ dan selamat tiba lebih kurang jam 3.30 petang.

Keputusan tinjauan ke  tapak perkemahan  mendapati ianya tidak berapa sesuai dan selamat kerana terdapat kesan2 tinggalan gajah dan juga kerja2 kumpulan paranormal ditambah pula dengan kemudahan yang agak terhad, konvoi memutuskan untuk kembali ke Kuala Rompin dan berkemah di tepi pantai di Cedok Resort.

Pada sebelah malamnya peserta dijamu dengan hidangan B.B.Q yang ditaja oleh YB Kuala Rompin. Sekali lagi keluarga Pak Cendana telah bertungkus lumus  menguruskan B.B.Q tersebut, ribuan terima kasih dari kami kepada keluarga beliau.

Pada pagi 5 Feb, ‘ mesyuarat tingkap ke2’ telah diadakan dan memutuskan konvoi meneruskan perjalanan ke Kenaboi, Kuala Kelawang Negeri Sembilan .

Perjalanan yang mengambil masa agak lama lebih kurang 6 jam di selang -selikan dengan menyelesaikan masalah kerosakan kereta pk Palawan ,pk merbatu, pk tetebu dan pk Dewa. Berkat kerjasama ahli2, masalah tersebut telah dapat diselesaikan dengan cepat, syabas kepada peserta2 konvoi ‘You are the best’. Cuma ada satu masalah yang tak dapat di selesaikan iaitu masaalah kebocoran poket pk Leban di Leban Condong gara2 lauk udang galah, harap bersabar  banyak2 yer…….

 

Konvoi selamat sampai di Kenaboi pada jam 8.30pm dan berkhemah di kem Kenaboi AdvEnture bersebelahan air terjun. Sehingga  keesokan harinya 6th Feb,  Konvoi menghabiskan masa dengan lepak2, mandi- manda, sambil XYL2 bergotong royong menyediakan masakan. manakala ada diantara para pilot sedang  ‘pekena Shisha’ sebelum ‘check out’ pada jam 1.30pm.

Penutup perjalanan, konvoi telah berhenti di restoran Laksa Buyung Batu 16 Ulu Langat  cadangan dari Pak Dewa untuk menjamu selera, memang ‘best’ laksa kat situ.

Setelah ucapan selamat dan bersalaman drpd peserta2  di daratan dan juga radio, Konvoi bersurai lebih kurang jam 8.00pm untuk meneruskan haluan masing2 menuju ke rumah.

Ucapan terima kasih kepada Pak Cendana sebagai event manager dan Pak Dewa selaku co-event, jutaan terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Pak Cendana diatas layanan yang amat baik, budi anda akan kami kenang. Terima kasih  kepada YB Kuala Rompin diatas penajaan sarapan dan B.B.Q dan juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada Polis pengiring dan team motor scrambler.

Akhir kata terima kasih kepada seluruh peserta konvoi, walaupon hajat tak kesampaian  para peserta tetap juga menunjukkan komitment yang tinggi bagi meneruskan dan menjadikan event ‘Kembara Mahkota Jalanan’.

Sebagai penutup event trip ini dan bagi menjadikan kesinambungan trip2 yang akan datang, Pak dewa dengan rasminya menutup acara event tersebut dan dengan rasminya melantik Pak Bidara selaku event manager dan co-assist Pak Bebaru, untuk event seterusnya.

Insyaallah bertemu lagi di event seterusnya yang akan dikelolakan oleh Pak Bidara dan Pak Bebaru……

 

Terima Kasih dan Jumpa Jumpa Lagi….

 

Laporan program : Pak Bebaru
Disunting : Pak Dewa
Photographer : Pak Merbatu

 

 

 

 

Taklimat Perjalanan Redah 4×4: Himpunan jutaan belia 2012 Kompleks Kejiranan Putrajaya

Rabu, 12 Januari 2012 9.45 mlm. Setelah menerima surat perlantikan kerjasama dalam acara “Amusement and Recreations” kepada kelab Redah 4×4 dalam program  Himpunan Jutaan Belia 2012 daripada KBS. Presiden  Redah 4×4 Sdr. Hakasah dengan cergasnya telah mengadakan taklimat khas untuk menjayakan program tersebut dengan melantik ajk-ajk khas dikalangan ahli untuk pembahagian tugas masing-masing dengan lebih teratur dan sistematik .

Berikut adalah senarai Ketua Ajk yang terpilih dan diharap rakan-rakan ahli yang lain dapat membantu untuk merealisasikan program berprestij buat kali ke 2 ini.

AJK URUSETIA : API-API & KELADI

Tugasan – Kewangan, Rakan Media, Jemputan, Sijil, Sticker & T-Shirt

KETUA AJK KONVOI : KULIM

Tugasan – Pendaftaran, Penaja, Cenderahati, Jemputan, makanan Peserta & Tayangan Video

KETUA AJK PERTANDINGAN CABARAN ANTARABANGSA : LEBAN & TETEBU

Tugasan – Marshall, Penyediaan Tapak, Makanan Minuman, hadiah, Bunting, Penaja & Penginapan

KETUA AJK BENGKEL RADIO AMATUR : PELAWAN

Tugasan - Makanan Minuman, Penceramah, Peralatan & Cenderahati

KETUA AJK BENGKEL PEMANDUAN 4X4 : CENDANA

Tugasan - Makanan Minuman, Penceramah, Peralatan & Cenderahati

KETUA AJK PERASMIAN TAPAK PROGRAM : SELANGAN

Tugasan – Pengisian Program, Khemah +Kerusi + Meja, Bendera, Bunting, Pentas, Belon Dsb.

KETUA  AJK PENGURUS ACARA : MERBATU

Tugasan – Penajaan, Jemputan, Motorcross, ATV, Para Glider, Persembahan Orang Asli

KETUA AJK KESELAMATAN : ANTOI

Tugasan – Penginapan, Makanan + Minuman, Rela dan T-Shirt

KETUA AJK KESELAMATAN : MARAJALI

Tugasan – Makanan Minuman, Perubatan, Bekalan Air dan Elektrik serta Tandas

KETUA AJK PAMERAN : LELAYANG

Tugasan – Keahlian, Bunting, Jualan, Makanan dan minuman.

Catatan Avocado

PROGRAM JUTAAN BELIA 2012

 

REDAH 4X4 sebagai 6 Persatuan / Syarikat terawal memberi respond kepada KBS telah dipilih untuk menganjurkan segmen Amusement & Recreation bagi PROGRAM PERHIMPUNAN JUTAAN BELIA yang akan di adakan di Putrajaya pada 23-27 Mei 2012.

Perlancaran promo program telah dirasmikan oleh Dato Sri Ahmad Shabery Cheek di iringi oleh Timbalannya Datuk Razali, Presiden MBM-En Maliki dan timbalannya Datuk Irmohizam, KSU Datuk Mohid dan Timbalan KSU KBS Dato Zaidun , CEO Seketariat program -En Mod Nazdri dan pegawai seketariat program. Semuanya berjalan lancar dan ruang pameran REDAH 4×4 telah terus dilawati sejurus selepas acara perasmian.

 

Kali ini REDAH 4×4 merancang untuk mengadakan International Challenge di Putrajaya, berbagai pengisian program telah dirancang bagi menyemarakkan suasana didalam usaha menarik 4 wheeler dalam dan diluar negara untuk berkampung ditengah-tengah bandar pentadbiran Putrajaya.

Semua Kelab-Kelab 4×4 di Malaysia disarankan supaya menghantar wakil dan bersama-sama mengambil bahagian didalam acara tahunan yang akan di adakan di Putrajaya. Tonjolkan keupayaan sebenar dan berani menempoh cabaran yang disediakan, ANDA BERANI , KAMI PASTI.

 

INTERNATIONAL YOUTH VOLUNTEERISM PROGRAMME – THAILAND AFTER FLOOD DISASTER RELIEF 2011

REDAH 4X4 berbangga dapat menyertai MISI Antarabangsa anjuran KBS dan MBM. Pada tanggal 14/12/2011, 22 buah pacuan 4 roda yang melibatkan 7 buah jalopy REDAH 4×4 telah berlepas ke Thailand bersama sukarelawan. Lipan Bara dan Chukai Adventure Team telah bergabung bersama Redah 4×4 sebagai satu pasukan yang mantap menyusuri perjalanan yang agak jauh dengan Misi menaikkan nama rakyat dan negara Malaysia di persada Antarabangsa.
Konvoi sampai ke Kosit Hotel, Hatyai pada pukul 4.00 pagi sebelum berlepas semula ke Bangkok pada pukul 10.00 pagi. Perjalanan ke Bangkok mengambil masa yang panjang selamat tiba pada pukul 6.00 pagi waktu Malaysia. Pukul 9.00 pagi Misi Kemanusiaan diteruskan dari Veronica Boutique Hotel dimana 70 para peserta menginap. Perjalananan diteruskan ke pejabat OPP Bangkok untuk sessi taklimat dan perasmian program. Jalan raya yang sesak di Bangkok menjadi pengalaman yang menarik kepada para peserta dimana Marshall yang ditugaskan dapat mengawal dan memastikan konvoi tidak putus disamping mempercepatkan pergerakkan. Misi pertama diteruskan ke Saipanya Rangsit School bagi membersihkan peralatan sekolah dan memberi sokongan moral kepada pelajar sekolah.
Hari Sabtu, 17/12/2011 – Konvoi bergerak ke Ban Nongprong School di Daerah Banglaen, Nakhon Pathom Province. Misi bertemu penduduk memang membuka mata peserta kepada kemusnahan dan kesusahan yang di alami oleh rakyat Thailand. Semua hartabenda, tanaman, sawah, rumah telah ditenggelamkan oleh air seupama lautan. Sesetengah jalan masih terputus dan konvoi terpaksa meredah kawasan banjir sedalam 2 kaki sebelum sampai ke destinasi. Sambutan yang diterima memang meriah, penduduk kampung mengalu-alukan kedatangan semua sukarelawan dengan hati yang terbuka walaupun berlainan bangsa,agama dan negara. Sedikit sebanyak kesusahan yang di alami terubat dengan kehadiran konvoi Misi bantuan ini. Raut wajah penduduk bertukar dari muram dan suram kepada kegembiraan setelah 4 bulan dilanda musibah. Konvoi meneruskan perjalanan setelah meninggalkan kenangan manis kepada penduduk Nakhon Pathom dan di bawa melawat ke Bandar Diraja Ayuthia. Terdapat Candi yang rekabentuknya mempunyai persamaan dengan Candi Borubodur di Indonesia. Miss Mei selaku Timbalan Datuk Bandar Bangkok telah memberi kerjasama penuh dimana beliau telah menyertai konvoi dari pagi hingga ke malam. Sawadika Miss Mei, thank you for your afford and time to accomplish the mission.
Hari Ahad,18/12/2011-Konvoi telah dibawa ke Samut Sakhon di bahagian Daerah Kratumban bagi menyertai gotong royong bersama penduduk. Sambutan yang hebat menanti peserta dimana setiap peserta telah dihadiahkan sekuntum bunga ros sebagai tanda penghargaan. Barang-barang bantuan air mineral, makanan, alatan pembersihan dan ubat-ubatan telah diserahkan kepada penduduk. Doktor Tajuddin telah membuka klinik sementara telah mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk. Untuk info: Dr Tajuddin telah mengikuti konvoi semasa di Changlun dan merupakan ahli sejarah yang menerangkan kepada peserta tentang sejarah tempat-tempat yang di lalui di sepanjang perjalanan. Sedikit sebanyak banyak info sejarah dapat diketahui oleh peserta di samping petua perubatan kepada para peserta.
Rombongan sukarelawan Malaysia berperanan memertabatkan nama Malaysia sebagai negara yang senantiasa pro aktif di dalam menjalankan kerja-kerja amal tanpa sempadan negara dan bangsa. Pengaruh dan peranan yang penting menggambarkan keperihatinan keseluruhan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan bersiap sedia memberi bantuan yang diperlukan. Semoga program sebegini dapat diteruskan sebagai tanda aras bahawa belia Malaysia mempunyai prinsip kemanusiaan yang terbaik dari segi moral dan intergriti.

PETA TERATAK RIVER VIEW, LUBUK KAWAH, TG MALIM , PERAK.

Perjalanan dari bandar Tg Malim ke Lubuk Kawah di anggarkan selama 15 minit atau pun kalau mengikut pepatah orang asli cuma sebatang rokok. Terdapat berbagai kemudahan yang disediakan termasuk dewan makan, tandas, chalet, jambatan gantung di samping air sungainya yang cantik serta menyegarkan minda.

Redah 4×4 dengan berbesar hati menjemput semua kenalan untuk hadir memeriahkan majlis sambutan aidil fitri 2011 ini.

MAJLIS HARI RAYA REDAH 4X4

Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2011 Redah 4×4 akan di adakan di :

Tarikh : 1hb Oktober 2011 – Masa  : 2.00-6.00 ptg Hari Sabtu  Tempat : Teratak River View, Tg Malim, Perak.

Makanan asas seperti lemang, nasi impit, rendang, kuah kacang dan minuman akan disediakan oleh redah 4×4. Ahli-ahli bolehlah membawa apa-apa juga makanan secara potluck ke majlis itu nanti. Sebarang pertanyaan – pihak tuan bolehlah menghubungi Pk Selangan 019 3366090 dan Dewa 012 2704741 untuk keterangan lanjut.

Semua ahli kelab Redah 4×4 beserta keluarga dijemput hadir, Redah juga ingin menjemput semua ahli kelab 4×4 lain, supporter, peminat aktiviti lasak, individu yang berminat untuk menjadi ahli Redah, Media dan sesiapa sahaja yang berhajat untuk memeriahkan majlis. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Di bawah ini ialah gambar-gambar di majlis persandingan Pk Merbatu dan Pk Tempinis. Kepada pasangan pengantin- semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

BULETIN MAJLIS MERDEKA RAYA SANTAI 2011

Sememangnya cabaran menyediakan juadah rumah terbuka santai ini berbeza dari menyediakan makanan semasa berkhemah didalam hutan. Acara adhock ini betul-betul menguji ketabahan ahli-ahli redah terutamanya kaum isteri / ibu yang bertungkus lumus menyediakan hidangan. Kecekalan dan keikhlasan jelas terpancar demi menjayakan majlis yang agak besar walaupun di dalam situasi bidan terjun. Kepada ahli keluarga redah yang menjayakan program ini – you are the BEST..

Return top

Redah 4x4 Club

OBJEKTIF Menyatukan mana-mana individu yang berminat untuk menjalankan aktiviti lasak dan mencabar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Memupuk semangat kesefahaman dan setiakawan dengan cara mewujudkan peluang untuk berinteraksi dalam program yang diadakan seperti perkhemahan di dalam hutan, merentas hutan, sukan mencari harta karun dan konvoi. Membantu agensi kerajaan dalam menjayakan kempen mempromosikan negara seperti Tahun Melawat Malaysia, Cintai Alam Sekitar, Konvoi Merdeka dan lain-lain. Melaksanakan kerja-kerja amal dan bantuan kemanusiaan seperti bantuan mangsa banjir, pengagihan barang-barang zakat, program bersama anak yatim dan sebagainya. Meningkatkan pengatahuan ahli dalam pemanduan kenderaan secara konvoi, aspek teknikal kenderaan pacuan empat roda, pandu arah di dalam hutan serta penggunaan peralatan seperti kompas, peta dan 'Ground Positioning Satelite' GPS.